Skip to main content

Dunia

Menteri G7 bincang krisis Ukraine, China dan Iran

Anggaran Waktu Membaca:
KARUIZAWA: Menteri-menteri luar G7 akan bertemu di Jepun dalam masa beberapa hari lagi bagi membincangkan perang Rusia di Ukraine, ketegasan China dan rundingan nuklear dengan Iran.

Rundingan bermula pada Isnin (17 Apr) antara diplomat tertinggi dari negara-negara maju perindustrian G7 selepas jamuan malam pada Ahad (16 Apr) di pusat peranginan Karuizawa, Jepun.

Ancaman berlebihan China terhadap ujian peluru berpandu Taiwan dan Korea Utara akan dibincangkan, selain keganasan mengejut di Sudan, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Pertemuan itu diadakan menjelang sidang puncak pemimpin G7 di Hiroshima, Jepun pada Mei.

Jepun memegang jawatan presiden G7 dengan anggota-anggota lain terdiri daripada Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita