Menteri dituduh sampaikan ceramah politik di dalam masjid
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dituduh menyampaikan ceramah berunsur politik di sebuah masjid di Selangor. (Gambar: Media Sosial)
“Insya-Allah sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil,” katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program Hari Sektor Awam Malaysia hari ini (1 Ogos).
Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar Encik Fahmi dengan dakwaan beliau berucap mengenai isu politik di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang.
Pada Isnin (1 Ogos), media melaporkan JAIS menerima aduan berhubung perkara tersebut dan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan.
Encik Fahmi berkata beliau memberi penjelasan di laman Facebook dan Twitter bahawa beliau dijemput oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.
“Saya langsung tidak bercakap mengenai apa-apa isu politik mahupun pilihan raya negeri (PRN),” katanya yang kesal dengan tindakan pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut.
Pada 22 Julai lalu, kerajaan mengeluarkan arahan pembatalan konsert di Litar Antarabangsa Sepang berikutan perbuatan jelik dan kurang sopan vokalis The 1975, Matty Healy, ketika melakukan persembahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.