Menteri di Pejabat Perdana Menteri M'sia Mustapa Mohamed positif COVID-19
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi Jabatan Ekonomi, Mustapa Mohamed diuji positif COVID-19.
KUALA LUMPUR: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia bagi Jabatan Ekonomi, Mustapa Mohamed diuji positif COVID-19.
Menurut kenyataan dari pejabatnya, beliau disahkan positif malam semalam (9 Jan) setelah menjalani ujian swab sebaik tiba di Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur pagi semalam.
Encik Mustapa kemudian dimasukkan ke Hospital Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu pada pukul 10.30 malam, hari yang sama dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Datuk Seri Mustapa memohon maaf atas segala kesulitan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Encik Mustapa menjalani ujian COVID-19 pada 1 Jan namun keputusannya negatif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.