Menteri Dalam Negeri Thailand semak semula undang-undang kawalan senjata api susuli kejadian tembakan di Siam Paragon
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jack Board)
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand akan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penggunaan senjata dan pemilikannya berikutan kejadian tembakan di pusat beli-belah yang dilakukan oleh seorang remaja baru-baru ini, lapor Sputnik.
Pada Selasa (3 Okt), dua orang terbunuh manakala lima lagi cedera ditembak remaja berusia 14 tahun di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok.
“Mulai sekarang, orang ramai tidak seharusnya dibenarkan membawa senjata api atas kehendak mereka sendiri,” kata Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul seperti dipetik akhbar Bangkok Post pada Khamis (5 Okt).
Hanya individu yang diberi kuasa harus dibenarkan membawa senjata di khalayak ramai, katanya.
Pada Rabu (4 Okt), Kementerian Luar Thailand memaklumkan ia akan mewujudkan pusat operasi kecemasan untuk menyelaras tindakan dengan kedutaan asing di Thailand bagi menangani insiden berbahaya yang boleh membahayakan warga asing.
Pada 2022, terdapat 2,804 kematian berkaitan senjata api di Thailand, dengan kadar kematian membabitkan senjata api adalah 3.91 bagi setiap 100,000 orang, dengan negara itu berada di kedudukan ke-15 global, lapor media Thailand.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.