Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Dalam Negeri M'sia minta laporan penuh pencerobohan Menara Merdeka 118

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Dalam Negeri M'sia minta laporan penuh pencerobohan Menara Merdeka 118

(Gambar: Instagram/beerkus, angela_nikolau)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Malaysia, Saifuddin Nasution Ismail mahu mendapatkan laporan penuh berhubung tindakan dua warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum berkongsi maklumat mengenainya.
 
"Pramatang untuk saya berikan sebarang jawapan... bagi ruang untuk saya dapatkan laporan penuh," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar mengenai pengurusan pekerja asing pada Khamis (5 Jan).

Sebelum ini, tular gambar dan video individu terbabit dari puncak pencakar langit itu di laman sosial termasuk Twitter.

Seorang wanita warga Rusia yang terlibat dalam insiden itu juga dikatakan mendedahkan perbuatan menceroboh menara tersebut di laman sosial media.

Pada Khamis, media melaporkan polis akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Imigresen mengenai keberadaan pasangan itu bagi mengenal pasti rekod keluar dan masuk mereka ke negara tersebut.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan