Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Dalam Negeri Korea Selatan minta maaf atas tragedi Itaewon

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan Lee Sang-min pada Selasa (1 Nov) meminta maaf atas tragedi rempuhan semasa sambutan Halloween yang membunuh sekurang-kurangnya 156 orang. 

Beliau meminta maaf di tengah-tengah pengawasan media yang meningkat bahawa polis dan agensi-agensi pemerintah lainnya gagal mengawal orang ramai di Itaewon, meskipun sudah menjangkaan ramai orang akan berduyun-duyun ke kawasan tersebut pada Sabtu (29 Okt). 

"Saya meminta maaf sedalam-dalamnya kepada orang ramai atas insiden yang berlaku baru-baru ini, walaupun pemerintah bertanggungjawab atas keselamatan penduduk," kata Encik Lee di Parlimen. 

Tragedi itu adalah bencana paling dahsyat di Korea Selatan dalam lapan tahun, dan berlaku pada Sabtu malam (29 Okt) apabila dianggarkan 100,000 orang berpusu-pusu di lorong sempit seluas 3.2 meter, lapor agensi berita Yonhap. 

Encik Lee menundukkan kepalanya di depan anggota parlimen dan kamera sambil berjanji  bahawa pemerintah akan melakukan segala yang upaya bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.

Encik Lee mendapat kecaman atas kenyataannya sebelum ini bahawa rempuhan yang meragut nyawa itu dapat dielakkan meskipun pegawai polis dan anggota bomba dikerahkan ke kawasan tersebut sebelumnya. 

Semasa taklimat media pada Ahad (30 Okt), Encik Lee juga berkata jumlah pengunjung ke tempat kejadian itu adalah "seperti biasa". 

Beliau menyuarakan "rasa kesal mendalam" atas kenyataannya dan berkata beliau "tidak berhati-hati dan mengambil kira keluarga-keluarga yang berduka kerana kehilangan anggota keluarga mereka". 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan