Skip to main content

Dunia

Menteri Britain letak jawatan selepas PM Starmer kurangkan peruntukan bantuan

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Britain letak jawatan selepas PM Starmer kurangkan peruntukan bantuan

Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Mar 2025 10:08AM Dikemas Kini : 01 Mar 2025 10:13AM
LONDON: Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan, lapor Anadolu Ajansi.

"Dengan rasa sedih saya menulis untuk memaklumkan kepada anda yang saya akan berhenti menghadiri Kabinet anda dan menyerahkan kepada anda peletakan jawatan saya sebagai Menteri Negara bagi Pembangunan Antarabangsa dan untuk Wanita dan Kesaksamaan," kata Anneliese Dodds dalam surat kepada Perdana Menteri Keir Starmer pada Jumaat (28 Feb).

Ahli politik dari parti Buruh berusia 48 tahun itu berkata kesan pemotongan 0.3 peratus dalam belanjawan bantuan antarabangsa "akan jauh lebih besar daripada yang dibentangkan."

"Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan ODA (bantuan pembangunan luar negara), saya terus menyokong kerajaan dan keazamannya untuk menyampaikan perubahan yang diperlukan oleh negara kita," katanya.

Peletakan jawatan itu berlaku selepas keputusan Encik Starmer untuk memotong peruntukan belanjawan bagi bantuan antarabangsa hampir separuh bagi membiayai peningkatan perbelanjaan pertahanan.

Awal minggu ini, kerajaan mengumumkan yang perbelanjaan pertahanan akan meningkat kepada 2.5 peratus mulai April 2027 dengan jangkaan untuk mencapai 3 peratus dalam sesi parlimen seterusnya.

Keputusan itu dibuat menyusuli tekanan daripada Presiden Amerika Donald Trump, yang mendesak sekutu untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka sambil bekerjasama rapat dengan Rusia untuk menamatkan perang tiga tahun di Ukraine.

Perdana Menteri Britain bertemu dengan Presiden Amerika di Rumah Putih pada Khamis.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita