Menteri Besar Selangor teruskan tindakan saman terhadap Muhammad Sanusi
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan meneruskan tindakan saman terhadap Encik Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan Menteri Besar Kedah itu yang didakwa berbaur fitnah ketika berkempen di Jitra, Kedah baru-baru ini.
Encik Amirudin berkata pihak peguamnya akan menghantar tuntutan saman kepada pemimpin PAS itu pada Rabu (9 Ogos) atau selewat-lewatnya pada Khamis.
Beliau berkata langkah itu demi menjaga kewibawaannya sebagai menteri besar, pentadbiran kerajaan negeri serta penjawat awam yang turut terkena tempias dakwaan tidak berasas Encik Muhammad Sanusi itu.
“Saya kena jaga kredibiliti (sebagai menteri besar) bukan tak tahan dengan kritikan, tapi ini kita kena ambil (langkah) pertahankan integriti dan tata kelola pentadbiran kerajaan Selangor.
“… tak kan kita tak boleh saman untuk pertahan diri (daripada fitnah). Ini kes bercakap (dakwaan) tanpa fikir, sudah banyak kali. Hina saya tak apa tetapi ini (fitnah) kredibiliti pentadbiran dan penjawat awam,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak di Taman Samudera, Batu Cave pada Rabu.
Sebelum ini, Encik Muhammad Sanusi dalam Jelajah Mega PN Best ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Encik Amirudin dengan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad Vincent Tan Chee Yioun yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion (S$3 bilion) di Sungai Klang.
Encik Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata tuduhan Encik Muhammad Sanusi itu adalah tindakan terdesak malah isu berkenaan sudah dijawab beberapa kali dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebelum ini.
“Minggu akhir kempen ini, mereka (pembangkang) dilihat lebih galak menabur fitnah dan kitar semula dakwaan yang sebahagian besarnya sudah dijawab dalam sidang DUN… boleh rujuk dengan hansard sidang DUN.
“Tuduhan seperti ini amat memalukan dan tidak menunjukan statusnya (Muhammad Sanusi) sebagai pemimpin,” katanya.
Sementara itu, ditanya berhubung dakwaan calon Kerajaan Perpaduan (PH-BN) di Selangor menggunakan jentera atau program kerajaan untuk berkempen, Encik Amirudin yang juga calon PH-BN bagi DUN Sungai Tua menafikan dakwaan itu.
“Dalam program kerajaan negeri, kita elak untuk membuat ucapan politik, tidak mempromosikan calon (kita), kita cuba elak sebarang kempen (pilihan raya negeri) atau guna jentera kerajaan,” katanya.
PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu diadakan serentak dengan hari pengundian pada Sabtu ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.