Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Besar Perak saran rakyat tanam sayur, ternak haiwan untuk kegunaan peribadi

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Perak saran rakyat tanam sayur, ternak haiwan untuk kegunaan peribadi

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 May 2022 07:39PM Dikemas Kini : 31 May 2022 07:39PM

GOPENG: Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan peribadi berikutan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan buat masa ini. 

"Sayur-sayuran boleh ditanam manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak untuk kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya bekalan itu berlebihan.

"Sebab itu saya mengadakan kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar," katanya kepada wartawan semasa Program Agrofest Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) hari ini (31 Mei). 

Program, yang diadakan di The Treasure Taman Herba Gopeng, itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SADC Yahanis Yahya.

Beliau juga berkata bagi memperkasa bidang keselamatan makanan, SADC dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak, akan membangunkan Projek Taman Agroteknologi Manong di Kuala Kangsar di kawasan seluas 40 hektar yang sudahpun diluluskan semasa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu pada April lalu.

"SADC juga sudah memulakan projek Hab Halal Perak bagi mengukuhkan lagi bidang sekuriti makanan. Malah, ia dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan sekali gus membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan penjanaan ekonomi rakyat," ujarnya. 

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa