Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy raih undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy raih undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO

(Gambar: Wan Rosdy bin Wan Ismail/Facebook)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail meraih undi tertinggi bagi jawatan naib presiden dalam pemilihan parti kali ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Shahrir Samad dalam siding media pada Ahad (19 Mac), lapor Malaysiakini.

Encik Wan Rosdy memperolehi 124 undi bahagian, diikuti Encik Khaled Nordin (114 undi) dan seorang lagi muka baru bagi jawatan naib presiden, Encik Johari Abdul Ghani (107 undi).

“Orang Pahang yang menggantikan orang Pahang juga,” katanya dalam sidang media di bangunan UMNO di Kuala Lumpur pada Ahad (19 Mac).

Sebelum ini, jawatan naib presiden UMNO dipegang oleh Encik Ismail Sabri, Encik Khaled dan Encik Mahdzir Khalid.

Dalam pemilihan kali ini, Encik Ismail yang meraih undi tertinggi untuk jawatan itu pada pemilihan 2018, tidak mempertahankan kedudukannya.

Encik Mahdzir pula gagal dalam usahanya untuk mempertahankan kerusi naib presiden UMNO, lapor Malaysiakini.

Menurut Encik Shahrir, kedudukan Encik Johari yang mendapat kedudukan ketiga tertinggi tidak tergugat kerana undi untuk Cik Azalina Othman Said yang berada di tempat keempat, jauh ketinggalan.

Katanya lagi, hanya 187 daripada 191 bahagian UMNO yang bersidang dan melaksanakan proses pemilihan UMNO kali ini.

Empat bahagian yang tidak menjalankan pemilihan parti adalah Tanah Merah, Kota Kinabalu, Beluran dan Johor Bahru.

Sehingga kini, hanya undi daripada empat bahagian yang belum diserahkan kepada JPU.

Encik Shahrir juga berkata, kedudukan lima terakhir bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mungkin berubah selepas kemasukan undi empat bahagian tersebut nanti.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan