Menteri Besar, Ketua Menteri 6 negeri perlu bincang tarikh PRN
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. (Gambar: Bernama)
SEREMBAN: Enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini perlu berbincang bagi menentukan tarikh sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan berbincang untuk bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Kelantan dan Terengganu mengenai perkara itu.
"Itu yang sedang kita bincangkan, saya dan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang berbincang untuk berjumpa rakan sejawat kami di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk kami putuskan tarikh (PRN)."
"....(kemudian) dimaklumkan serta dibincangkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kesesuaian tarikh pilihan raya agar tidak berlaku pertindihan," katanya kepada para wartawan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Sembilan Sesi 2023-2024 pada Selasa (17 Jan).
Pengerusi PH Negeri Sembilan itu turut sependapat dengan Encik Chow, Jun ini adalah waktu yang paling sesuai untuk mengadakan PRN.
“Kalau Mei bubar, Jun pilihan raya, sama sahaja (pendapat) saya dengan beliau, lebih kurang waktu itu pilihan raya dapat diadakan. Ia juga beri peluang untuk parti-parti lain berkempen dan bersedia, itu yang sepatutnya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Encik Aminuddin menjangkakan DUN negeri ini akan dibubarkan pada Mei bagi memberi laluan kepada PRN.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.