Menteri Besar Kelantan seru masjid seluruh negeri laksana solat hajat, mohon hujan elak kemarau teruk
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob meminta umat Islam di negeri itu mengadakan solat hajat untuk memohon hujan bagi mengelakkan kemarau melampau.
Encik Ahmad melalui kenyataan di Facebook beliau pada Selasa (25 Apr) berkata kemarau berpanjangan turut memusnahkan tanaman.

"Negara kini berhadapan dengan cuaca terlalu panas yang dijangka sehingga Ogos depan berikutan peralihan monsun.
"Untuk itu, saya menyeru rakyat Kelantan perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah swt serta mengambil peluang solat hajat di rumah masing-masing," katanya, lapor agensi berita Sinar Harian.
Beliau memohon imam melaksanakan solat hajat di masjid atau surau di seluruh negeri, memohon hujan pada kadarnya untuk kesejahteraan penduduk.
"Semoga dengan usaha dan ikhtiar ini, Allah swt menurunkan rahmat-Nya kepada kita semua dengan menganugerahkan hujan secara merata lagi menyegarkan bumi ini," katanya dipetik oleh Sinar Harian.

Sebelum ini, media turut melaporkan tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya buat tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Kawasan terlibat di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.