Skip to main content

Dunia

Menteri Besar Kelantan kekalkan kerusi DUN Pasir Pekan

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Kelantan kekalkan  kerusi DUN Pasir Pekan

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob selepas mengundi pada 12 Ogos 2023. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2023 10:42PM
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini (12 Ogos).

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan berusia 72 tahun itu menang dengan majoriti 12,811.

Encik Ahmad mendapat 18,783 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang memperoleh hanya 5,972 undi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU14), Encik Ahmad menang DUN Pasir Pekan dengan majoriti 8,352 undi menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH).

Encik Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS merupakan penyandang kerusi DUN Pasir Pekan sejak PRU9 dan kemenangan ini menyaksikan beliau mengekalkan kerusi itu buat kali ketujuh.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita