Menteri Besar Kedah dituntut mohon maaf pertikai kewibawaan institusi Diraja Selangor
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar: Bernama)
SHAH ALAM: Lima ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi diraja Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
Mereka terdiri daripada Ambrin Buang, Mohd Zawawi Salleh, Mohammed Khusrin Munawi, Mohamad Adzib Mohd Isa dan Emran Kadir membuat laporan tersebut di Balai Polis Seksyen 6 pada Jumaat (14 Jul).
Mereka juga menuntut Encik Muhammad Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dengan kadar segera.
Encik Emran berkata kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu disifatkan satu penghinaan kepada institusi diraja Selangor kerana melibatkan pelantikan Menteri Besar (MB) Selangor Amirudin Shari yang seolah-olah tidak wajar atau tepat.
"Tuanku (Sultan Selangor) boleh melantik siapa sahaja untuk menjadi MB Selangor, asalkan pemimpin berkenaan mendapat majoriti (termaktub) segi (dalam) perlembagaan. Tuanku telah melantik (individu yang) tepat dan tidak patut dipersoalkan.
"Kenyataan (Muhammad Sanusi) seperti MB yang dilantik tidak betul (layak), ini kami anggap kenyataan yang tidak wajar dan menghina institusi diraja Selangor. Kami tuntut permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin," katanya kepada wartawan selepas membuat laporan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, Encik Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran PN didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
Menerusi video tular tersebut, Encik Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Encik Amirudin.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.