Skip to main content

Dunia

Menteri Besar Kedah bakal didakwa di mahkamah 18 Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Kedah bakal didakwa di mahkamah 18 Julai

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa (18 Jul).

Menerusi semakan sistem mahkamah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada pukul 9.00 pagi.

Media baru-baru ini melaporkan ucapan Encik Muhammad Sanusi pada satu ceramah politik di Selangor yang dikatakan menghina institusi Diraja Selangor.

Encik Muhammad Sanusi dalam video ucapannya yang tular dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor. 

Susulan itu pelbagai pihak tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pada 13 Julai, Ketua Polis Negara Razarudin Husain pada sidang media khas berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.
 
Beliau berkata siasatan berkaitan 3R itu dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita