Skip to main content

Dunia

Menteri Besar Johor Onn Hafiz ikrar ambil tindakan atas individu yang sebabkan pencemaran bau

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Johor Onn Hafiz ikrar ambil tindakan atas individu yang sebabkan pencemaran bau

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)

Diterbitkan : 10 Sep 2024 02:35PM
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyumbang kepada pencemaran kimia toksik di negeri itu.

Encik Onn Hafiz Ghazi juga sudah mengarahkan polis supaya menubuhkan sebuah pasukan bertindak khas bagi menangani isu tersebut.

Beliau berkata demikian berhubung aduan mengenai bau busuk di beberapa kawasan di Johor Bahru.

Tiga sekolah di Kempas diarahkan tutup kerana risiko pendedahan terhadap haba bau busuk berkenaan, lapor Sinar Harian.

Pencemaran tersebut turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Pencemaran terbaharu dikesan lagi Jumaat (6 Sep) lalu di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya manakala hari ini pula pencemaran dikesan di Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi dan di Sungai Skudai, Skudai, Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin dinukil berkata dalam laporan tempatan bahawa penutupan sekolah-sekolah itu merupakan langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan murid-murid kepada sebarang potensi bau kimia.

Menurut Encik Onn Hafiz Ghazi, beliau sudah mengunjungi beberapa lokasi yang terjejas.

Siasatan oleh beberapa jabatan negara mendedahkan bahan kimia dalam sungai menimbulkan risiko kepada kesihatan orang awam.

Malah katanya, Jabatan Sekitaran Johor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti bahan kimia yang terkandung dalam sampel air yang tercemar.
Sumber : Agensi berita/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita