Menteri Besar Johor kesal berlaku isu bekalan air semasa Aidilfitri
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15. (Gambar: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor kesal atas insiden gangguan belakan air yang berlaku di negeri tersebut, khususnya semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, gangguan bekalan air yang berlaku setiap tahun itu pastinya menjejaskan persiapan bagi menyambut Aidilfitri kepada penduduk setempat, lapor Sinar Harian.
“Kerajaan negeri ingin menzahirkan rasa kesal atas aduan gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini yang pastinya telah menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri buat Bangsa Johor.
“Oleh itu, pihak Ranhill SAJ (Syarikat Air Johor) telah diminta membuat persediaan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berlaku.
“Bahkan pihak pengurusan tertinggi Ranhill SAJ juga telah memberikan komitmen untuk memastikan tiada isu gangguan bekalan air mahupun catuan air di negeri Johor sepanjang musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (15 Apr), seperti ditukil Sinar Harian.
Encik Onn Hafiz berkata demikian bagi mengulas berhubung masalah gangguan air yang berlaku di daerah Kulai dan Kluang pada Aidilfitri kali ini.
Sementara itu, dalam kenyataan berkenaan, Encik Onn Hafiz berkata, berdasarkan aduan-aduan diterima yang menimbulkan persoalan berhubung keupayaan Ranhill SAJ selaku pengendali bekalan air di Johor, khususnya dalam menangani masalah gangguan bekalan air yang berlaku saban tahun.
Justeru katanya, kerajaan negeri menggesa pihak Ranhill SAJ untuk segera menangani setiap aduan gangguan bekalan air yang dialami rakyat negeri itu.
“Pihak Ranhill SAJ sewajarnya perlu mengambil tindakan yang proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.