Menteri Besar Johor dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar fail: Pejabat Menteri Besar Johor)
BATU PAHAT: Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Ahmad Maslan sebegai timbalannya.
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday dilantik sebagai Pengarah Operasi, manakala Pengerusi War Room, Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin.
"Jentera di peringkat negeri di bawah Onn Hafiz dan jentera di peringkat bahagian di bawah kepimpinan Md Jais yang diatur gerak merupakan kombinasi terbaik dalam memberikan kemenangan kepada BN di Mahkota kelak," katanya, lapor agensi berita Astro Awani.
Beliau berkata demikian pada Istiadat Pentauliahan ke -15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di Universti Tun Hussein Onn (UTHM) pada Ahad (18 Ogos).
Mengulas lanjut, Encik Ahmad Zahid menjelaskan senarai calon telah diterima daripada UMNO Bahagian Kluang, namun belum disenarai pendek untuk diumumkan.
"Perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu, namun saya amat hormati hierarki di peringkat bahagian dan negeri sebelum memutuskan soal calon.
"Bagaimanapun, calon yang diputuskan kelak perlu memiliki konsep "Wali" iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable)," katanya, dipetik daripada Astro Awani.
Pada PRK Nenggiri, calon BN, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mendapat majoriti sebanyak 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.
Menurut laporan Astro Awani, Encik Mohd Azmawi Fikri, atau lebih dikenali sebagai Awie, memperoleh undian sebanyak 9,091 manakala bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang memperoleh 5,739 undi.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.