Menteri Besar Johor dijangka dilantik hari ini, kata Annuar Musa
Ketua Bahagian UMNO Ketereh dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Johor pada Selasa (15 Mac).
Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Annuar Musa berkata bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi sudah pun menamakan satu calon untuk diperkenankan lantikan oleh Sultan Johor, lapor Astro AWANI.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Menteri Besar Johor yang bakal dilantik itu.
Sebelum ini, persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya setelah terdapat khabar angin nama lain yang turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baru.
Antaranya nama bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Onn Hafiz Ghazi yang menang di Machap dan Mohd Puad Zarkashi (Rengit).
Sebelum ini, Dr Ahmad Zahid menamakan Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.