Menteri Besar Johor arah kerja naik taraf kaunter imigresen CIQ ditangguh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Bahru menangguhkan kerja naik taraf yang melibatkan penutupan beberapa kaunter Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru.
Menerusi catatan di Facebooknya hari ini (14 Dis), beliau berkata kerja-kerja itu ditangguhkan sehingga cuti persekolahan akhir tahun berakhir.
“Saya telah meminta supaya kerja-kerja ini ditangguhkan sehingga berakhirnya cuti persekolahan akhir tahun,” katanya.
Sebelum ini, Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI mengeluarkan kenyataan di Facebook bahawa beberapa kaunter laluan masuk dan keluar bas di BSI akan ditutup bermula Jumaat (15 Dis) hingga 15 Januari depan untuk kerja naik taraf papan tanda.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.