Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Besar Johor adakan lawatan rasmi ke SG pada 12 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Johor adakan lawatan rasmi ke SG pada 12 Feb

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi (tengah) bertemu dengan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru, Jeevan Singh (dua dari kiri) pada 9 Februari 2023. (Gambar: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari bermula Ahad (12 Feb).

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi beliau pada Khamis (9 Feb), selepas pertemuannya dengan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru Jeevan Singh. 

Encik Onn Hafiz berkata dalam lawatan itu, beliau dijadualkan akan bertemu dengan beberapa Menteri Singapura, selain Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF).

“Sebagai jiran, saya berhasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama Johor-Singapura dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan sejagat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu.

Turut hadir pada pertemuan dengan Encik Jeevan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han; Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (JETCO) Saifuddin Abdul Rahim; dan Naib Konsular Singapura di Johor Bahru, Ivor Tan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan