Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Belia dan Sukan Malaysia alu-alukan siasatan SPRM berkaitan suaminya

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwaan pemberian kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor mengaitkan syarikat suaminya.

Menerusi catatan di laman X, Cik Hannah berkata siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.

Katanya, beliau dan seluruh rakyat berhak untuk mendapatkan kebenaran dan bukti berhubung perkara itu yang turut melibatkan syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) di mana suaminya, M. Ramachandran, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata adalah tidak wajar untuk beliau mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana boleh ditafsirkan sebagai mengganggu siasatan.

“Atas sebab ini, saya mengelak daripada mengulas lebih awal. Pada pandangan saya, cara terbaik ke hadapan dalam menangani dakwaan itu adalah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasatnya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sudah menghubungi saya untuk bersama (dalam isu ini)," katanya.

Media pada Jumaat (31 Mei) melaporkan SPRM sudah memulakan siasatan terhadap pemberian kontrak kepada syarikat yang dikaitkan dengan suami Cik Hannah, berikutan petunjuk baharu diterima daripada beberapa aduan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan