Menteri Belia dan Sukan Indonesia adakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia & SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: @ditoariotedjo/Instagram)
PARIS: Menteri Belia dan Sukan Indonesia Dito Ariotedjohas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Hannah Yeoh, dan dari Singapura, Edwin Tong, di sebuah restoran Indonesia di Paris, Perancis.
Mereka membincangkan cara-cara untuk berdaya maju bagi meningkatkan prestasi sukan negara-negara ASEAN di peringkat global.
Dalam mesyuarat yang diadakan semasa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, ketiga-tiga orang menteri itu sehaluan mengenai perlunya negara-negara Asia Tenggara bekerjasama untuk meningkatkan mutu bakat sukan mereka.
Encik Ariotedjo berkata beliau dan rakan-rakan sejawatannya itu turut menggariskan kepentingan negara-negara di rantau ini bertukar-tukar pengalaman berhubung sukan utama masing-masing.
Beliau menambah, adalah sama pentingnya untuk segera menganjurkan acara sukan elit untuk remaja yang serupa dengan Sukan Olimpik Belia.
Beliau seterusnya berkata Indonesia, Malaysia dan Singapura turut berkongsi pandangan yang sama tentang perlunya membawa kerjasama sukan mereka ke peringkat seterusnya.
Ini dalam usaha membuat persiapan optimum bagi Sukan SEA 2025 dan pelbagai acara sukan antarabangsa pada masa hadapan.

Sumber : Agensi berita/LL/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.