Menteri baru di Jepun mahu tutup reaktor nuklear
Menteri Sekitaran Jepun yang baru Shinjiro Koizumi menyatakan hasrat untuk menutup reaktor-reaktor nuklear di negara itu.

Gambar fail Shinjiro Koizumi.
TOKYO: Menteri Sekitaran Jepun yang baru Shinjiro Koizumi menyatakan hasrat untuk menutup reaktor-reaktor nuklear di negara itu.
Ini katanya bagi mengelakkan berulangnya bencana nuklear Fukushima yang berlaku pada tahun 2011.
Pendirian Encik Koizumi itu dijangka mencetuskan tengkarah dalam parti yang memerintah.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe menyokong penjanaan kuasa nuklear di bawah peraturan keselamatan baru yang dilaksanakan selepas Jepun mengalami bencana nuklear paling buruk lapan tahun lalu.
Dalam kemalangan di Fukushima itu, tiga reaktor musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
Insiden tersebut menyebabkan kebocoran radiasi, memaksa sekitar 160,000 penduduk melarikan diri dari kawasan itu.
Pihak berkuasa nuklear Jepun kini dikawal selia oleh Kementerian Sekitaran yang diterajui Encik Koizumi sekarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.