Skip to main content

Dunia

Menteri Arab, Islam gesa bagi gencatan senjata kekal di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Arab, Islam gesa bagi gencatan senjata kekal di Gaza

(Gambar: AFP/Ludovic Marin)

Diterbitkan : 23 Nov 2023 05:52PM
PARIS: Jawatankuasa menteri yang diutus Sidang Puncak Luar Biasa Negara-Negara Arab-Islam menekankan perlunya gencatan senjata sementera selama empat hari di Gaza dilanjutkan menjadi gencatan senjata kekal.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Menteri Luar Catherine Colonna di Paris, lapor agensi media tempatan SPA.

Para menteri luar negara-negara Arab dan Islam tiba di Paris selepas mengadakan lawatan ke China, Rusia dan Britain sebagai sebahagian daripada lawatan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam usaha untuk menggesa bagi gencatan senjata segera dan kekal serta membenarkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Carikan Gaza, menurut laporan Arab News.
Menekankan peranan Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan
peperangan di Gaza, diplomat Arab tersebut menggesa Perancis supaya menjalankan tanggungjawabnya mendesak bagi gencatan senjata menyeluruh dan berterusan.

Diplomat tersebut juga mengulangi gesaan agar koridor bantuan kemanusiaan selamat dibuka supaya bantuan kemanusiaan penting, bahan api dan elektrik dapat dihantar ke Carikan Gaza.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita