Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mengapa UAE alih tumpuan dasar luarnya daripada perang geopolitik, ideologi, kepada membangun ekonomi...

Mahu tahu mengapa UAE memilih untuk berdamai dengan Israel? Ini penjelasan Penolong Menteri bagi Ehwal Kebudayaan UAE, Omar Saif Ghobash...

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Membangun ekonomi, kepentingan nasional dan meningkatkan kedudukannya di mata dunia lebih penting daripada perang geopolitik dan ideologi.

Lantaran itulah dasar-dasar luar Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengalih tumpuannya daripada perjuangan ideologi ekstremis dan geopolitik, sehingga ia menjalin hubungan damai dengan Israel.

Demikian terang Penolong Menteri bagi Ehwal Kebudayaan UAE, Omar Saif Ghobash, semasa menyampaikan Ceramah SR Nathan anjuran Institut Timur Tengah NUS pada Rabu (27 Oktober).

Dalam ucapannya di ceramah itu, Encik Omar Saif, yang pernah menjadi duta UAE ke Rusia dan Perancis, menjelaskan beberapa faktor yang memberi kesan kepada pembentukan dasar-dasar luar UAE yang baru.

Beliau menarik perhatian kepada beberapa insiden besar di rantau Timur Tengah seperti kebangkitan dunia Arab serta serangan pengganas 11 September.

"Semua Arab seakan bersalah. Negara-negara Barat mula menuntut perubahan dalam sistem pendidikan dan kewangan rantau ini untuk menghentikan pembiayaan penganasan serta doktrin ekstremis. Tekanan hebat dikenakan ke atas negara-negara Arab untuk mengubah sistem mereka.

"Kami mula memikirkan sama ada masalahnya adalah masalah imej, imej Arab dan Islam atau terdapat masalah sebenar yang lebih besar di sebalik isu imej itu," kata Encik Omar Saif.

LAKAR NARATIF BARU NASIONAL

Satu peralihan kemudian tercetus kata beliau. Ini apabila UAE menyedari bahawa tarikan 'political Islam' atau Islam politik semakin melemah dan ia mahukan era baru dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa barat mahupun serantau.

Islam politik katanya tiada monopoli terhadap pentadbiran yang baik seperti yang berlaku di Tunisia.

"Kami juga memahami motivasi sebenar golongan ekstremis dan Islam politik. Oleh itu kami mula menangani isu-isu besar ini dengan cara yang praktikal untuk menghentikan dunia Arab daripada jatuh ke tangan orang-orang yang mempunyai ideologi ekstremis dan eksklusif," kata Encik Omar Saif.

"Kami mahu memastikan mereka tidak mendapat sumber dari negara sama ada semula jadi mahupun tenaga manusia yang memerlukan banyak kegiatan melobi dengan negara-negara barat dan yang bukan barat juga koordinasi dengan kuasa-kuasa besar di rantau ini."

Lantas, kata beliau, UAE melakar naratif baru nasional dalam bentuk beberapa bidang tumpuan.

"Strategi-strategi negara dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi UAE bagi tujuan mempelbagai ekonomi UAE yang kian berkembang, menggalak pelaburan luar secara langsung, meningkatkan pendidikan STEM dan memperbaiki keselamatan negara." tambahnya.

Perubahan dasar luarnya juga bermakna UAE berusaha meredakan sebarang hubungan yang kontroversil dengan negara-negara lain.

Itulah yang menjadi prinsipnya mengapa UAE memilih berdamai dengan Israel, kata Encik Omar.

Iaitu bersetuju untuk berbeza pendapat dengan negara-negara lain tetapi tidak membenarkan hubungan keseluruhan terjejas.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa