Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mengapa PM Kishida perlu bergelut dengan isu Gereja Penyatuan?

Hubungan politik Gereja Penyatuan di Jepun menjadi tumpuan menyusuli pembunuhan mantan PM Shinzo Abe bulan lalu. Apakah sebabnya?

Anggaran Waktu Membaca:
Mengapa PM Kishida perlu bergelut dengan isu Gereja Penyatuan?

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 10 Aug 2022 08:06PM Dikemas Kini : 10 Aug 2022 08:07PM
TOKYO: Hubungan politik Gereja Penyatuan di Jepun menjadi tumpuan menyusuli pembunuhan mantan Perdana Menteri Shinzo Abe pada bulan lalu.

Gereja itu diasaskan di Korea Selatan pada 1954 oleh Sun Myung Moon, seorang berpandangan anti komunis dan mengaku dirinya sebagai "penyelamat".

Jepun menjadi antara negara pertama yang dituju dalam peluasan gereja itu ke luar negara.

Pendirian konservatif Encik Sun, yang menutup usia 10 tahun lalu, adalah sehaluan dengan pandangan golongan elit yang memerintah sewaktu Perang Dingin.

Beliau juga menjalin hubungan dengan para ahli politik Jepun.

Pada masa yang sama, parti kerajaan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Gereja Penyatuan bersependapat dalam sebilangan isu.

Ia termasuk menentang perkahwinan sesama jenis dan menyokong semakan ke atas perlembagaan Jepun yang mengharamkan peperangan.

Hubungan Gereja Penyatuan dengan ahli-ahli politik juga meningkatkan jumlah pengikutnya selain menaikkan namanya.

LDP menyangkal dakwaan ia mempunyai hubungan sistematik dengan gereja itu.

Namun, sesetengah rakyat menuntut ketelusan tentang hubungan LDP dengan gereja tersebut.

MILIKI 600,000 PENGIKUT DI JEPUN, 10 JUTA DI DUNIA

Gereja Penyatuan ada sekitar 600,000 pengikut di Jepun dan sejumlah 10 juta orang di merata dunia.

Jepun merupakan sumber pendapatan terbesar gereja itu buat puluhan tahun lamanya.

Dianggarkan sumbangan derma bernilai hampir AS$1 bilion (S$1.38 bilion) dikumpulkan sejak 1987.
Sumber : CNA/ZM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan