Mendiang Samy Vellu habiskan detik-detik akhirnya dengan riang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kongres India Se-Malaysia (MIC) S. Samy Vellu menghabiskan masa-masa terakhir beliau bersama keluarga dengan riang sebelum meninggal dunia pada Khamis pagi (15 Sep), kata anaknya Senator S. Vell Paari.
Berkongsi detik-detik itu, Encik Vell Paari berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 6.00 pagi, ayahnya sempat meluangkan masa bersama keluarga memandangkan beliau banyak berada di rumah sejak Isnin lepas.
"Angin beliau agak baik dan riang, pada Rabu malam katanya beliau teringin makan nasi goreng dan saya sempat masak macam yang beliau hendak. Selepas pukul 10.00 malam katanya beliau letih dan lebih baik kami balik," katanya mengenangkan kerenah mendiang ketika ditemui di kediaman Samy Vellu di Kuala Lumpur pada Khamis (15 Sep).
Encik Vell Paari juga berkata keluarganya tersentuh apabila ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Hari ini, kerana jasanya kepada masyarakat, pemergian beliau merupakan pembuka mata kepada betapa banyak kehidupan yang disentuhnya.
“Beliau adalah individu yang sanggup meredah apa jua halangan. Beliau sezaman dengan Mahathir Mohamad dan corak kepimpinan mereka adalah berbeza kerana mereka berusaha memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksana sebaik mungkin," katanya.
Rata-rata pemimpin menyifatkan mendiang sebagai seorang pemimpin yang tiada galang gantinya dan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat negara.
Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata mendiang Samy Vellu adalah contoh pemimpin yang tidak mengenal perbezaan kaum dalam perjuangannya dan perlu dicontohi oleh generasi akan datang.
"Kehilangan besar bagi saya secara peribadi yang mengenali mendiang sejak arwah ayah saya menjadi Perdana Menteri sehingga saya sendiri berada dalam Kabinet bersama mendiang," katanya ketika hadir memberi penghormatan terakhir di kediaman mendiang.
Menyuarakan pandangan sama, Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan berkata mendiang mencorak landskap pembangunan negara melalui khidmat beliau sebagai Menteri Kerja Raya.
Pengerusi Bernama Senator Ras Adiba Mohd Radzi turut berkongsi kenangan indah mengenali mendiang terutama ketika bertugas sebagai wartawan.
Beliau berkata walaupun memiliki keperibadian serius, mendiang sebenarnya adalah seorang tokoh yang suka berseloroh.
"Ada sekali tu di Parlimen, kami bergegas untuk mendapatkan berita. Beliau memberhentikan kami, kata jangan lari-lari takut jatuh, saya ada sini, saya tak lari manapun," katanya.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng pula berkata mendiang adalah seorang pemimpin yang tidak mengira perbezaan politik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri.
"Meskipun berbeza pegangan politik, kami tidak pernah meragui bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang begitu mengambil berat kebajikan semua pihak. Mendiang mengambil berat tentang banyak perkara, kami sentiasa menghargai apa yang beliau lakukan meskipun kami di pihak yang berlawanan."
"Dari satu segi, pemergian beliau adalah pemergian satu era. Kami mendoakan agar beliau bersemadi dengan tenang di sana," katanya.
Mayat mendiang akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Cheras pada pukul 4.00 petang pada Jumaat (16 Sep) untuk disempurnakan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.