Skip to main content

Dunia

Menara Trump terbakar, seorang maut

Seorang lelaki terkorban manakala empat anggota bomba cedera ringan dalam kebakaran di Menara Trump lewat malam semalam (7 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Apr 2018 08:24PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 09:56PM

NEW YORK: Seorang lelaki terkorban manakala empat anggota bomba cedera ringan dalam kebakaran di Menara Trump lewat malam semalam (7 Apr).

Menurut Jabatan Polis New York, lelaki 67 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di Hospital Mount Sinai Roosevelt.

"Seperti yang anda boleh bayangkan, apartmen itu agak besar, kami berada di tingkat 50. Selebihnya bangunan itu dilanda banyak asap," kata Jabatan Bomba New York.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memiliki pejabat dan kediaman peribadi di bangunan yang terletak di tengah bandar Manhattan itu.

Namun, ketika kejadian beliau berada di Washington D.C.

Kebakaran berlaku di tingkat 50 menara berkenaan yang memuatkan unit kediaman dan juga ruang pejabat.

Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 7.45 malam Sabtu waktu tempatan.

Sumber : Reuters/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita