Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menara kembar setinggi 100 meter di New Delhi dirobohkan selepas terpalit dengan rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
NOIDA: India merobohkan dua bangunan kediaman pencakar langit di pinggir New Delhi pada Ahad (28 Ogos).

Proses merobohkan bangunan itu disiarkan secara langsung di televisyen selepas menerima liputan meluas daripada pihak media.

Keputusan untuk merobohkan Menara Kembar setinggi 100 meter di Noida itu turut dilihat sebagai usaha India untuk bertindak tegas dalam membanteras gejala rasuah dalam kalangan pegawai pemerintah dan pemaju hartanah.

Menara kembar yang menampung hampir 1,000 apartmen itu tidak pernah didiami sepanjang tempoh sembilan tahun pembinaannya dipertikaikan.

Lebih 3,500 kilogram bahan letupan digunakan untuk merobohkan bangunan tersebut melalui kaedah letupan terkawal.

Ia sekali gus merupakan perobohan terbesar di India setakat ini.

Beribu-ribu penduduk diarahkan supaya mengosongkan kediaman masing-masing, termasuk sebuah bangunan pencakar langit yang terletak hanya 9 meter dari bangunan tersebut.

Tiada kecederaan atau kerosakan pada bangunan berdekatan dilaporkan menyusuli perobohan tersebut.

Seorang pegawai tempatan memberitahu para wartawan bahawa sebahagian besar operasi berkenaan dijalankan "seperti yang dirancangkan", lapor agensi berita AFP.

Polis sudahpun menutup sebuah lebuh raya yang terletak bersebelahan dengan bangunan berkenaan, di mana para pemandu dilihat mengambil gambar menara tersebut buat kali terakhir pada Sabtu (27 Ogos).

MAHKAMAH TINGGI

Pertikaian berhubung bangunan tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi India, di mana mahkamah memutuskan bahawa bangunan tersebut tidak mematuhi peraturan keselamatan.

Selain itu, mahkaman juga mendapati bahawa pemaju berpakat dan bersubahat dengan sebilangan pegawai pemerintah dengan menawarkan wang suap.

Ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia itu menyaksikan pertumbuhan yang sangat ketara pada sektor binaannya sejak dua dekad yang lalu dan malangnya ia juga melahirkan gejala rasuah yang melibatkan ahli politik, tokoh birokrat dan pemaju hartanah di negara itu.

 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan