Skip to main content

Dunia

Melania Trump keluar berkempen sokong suaminya buat pertama kali

Wanita Pertama Melania Trump pada Selasa (27 Okt) keluar berkempen bagi menyokong suaminya Presiden Donald Trump, buat julung-julung kalinya tahun ini. Beliau memuji suaminya sebagai seorang "pejuang" dan banyak menyediakan sokongan kepada para mangsa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Melania Trump keluar berkempen sokong suaminya buat pertama kali

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 12:10PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 12:23PM

WASHINGTON: Wanita Pertama Melania Trump pada Selasa (27 Okt) keluar berkempen bagi menyokong suaminya Presiden Donald Trump, buat julung-julung kalinya tahun ini. Beliau memuji suaminya sebagai seorang "pejuang" dan banyak menyediakan sokongan kepada para mangsa pandemik COVID-19.

Melania, 50 tahun, jarang sekali ditampilkan di rapat-rapat kempen suaminya. Beliau bagaimanapun dipuji atas ucapannya di konvensyen penamaan calon Parti Republican pada Ogos lalu.

"Donald adalah seorang pejuang. Beliau sayang negara ini dan sanggup bertarung untuk anda setiap hari," beliau memberitahu para penyokong di Pennsylvania, iaitu wilayah di mana Encik Trump menyaksikan persaingan sengit dengan pesaingnya daripada Parti Democrat, Joe Biden.

Rancangan beliau untuk keluar berkempen dengan suaminya minggu lalu dihambat oleh batuk yang berlarutan daripada jangkitan COVID-19.

"Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda semua apabila keluarga kami didiagnosis dengan COVID-19," kata beliau semalam (27 Okt). "Kami berasa jauh lebih sihat sekarang."

Beliau meluahkan rasa belas kasihan kepada para anggota keluarga lebih 225,000 rakyat Amerika yang terkorban akibat jangkitan COVID-19 sejauh ini.

"Saya tahu ada ramai yang kehilangan orang tersayang atau kenal orang yang terjejas selama-lamanya oleh musuh senyap ini," kata beliau.

"Ingatan dan doa keluarga saya adalah untuk anda sepanjang tempoh yang sukar ini," tambah Melania. "Kami akan berjaya melawan virus ini."

Dalam ucapannya, beliau turut mengeluarkan beberapa komen tentang penggunaan Twitter oleh suaminya.

Kempen 'Be Best' Melania, memperjuangkan "interaksi online yang berhemah, positif dan saling hormat-menghormati", menurut laman web Rumah Putih - dan ia kerap dikecam disebabkan oleh perwatakan Encik Trump.

"Buat pertama kalinya dalam sejarah, rakyat negara ini dapat mendengar secara langsung daripada presiden mereka setiap hari melalui media sosial," kata beliau.

"Saya tidak selalunya bersetuju dengan cara beliau," tambah beliau kepada para hadirin yang tertawa dengan komen itu.

"Namun, beliau berpendapat ia penting untuk bercakap secara langsung kepada orang yang beliau berkhidmat." 

Sumber : AFP/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita