Melaka teliti cadangan laksana bekerja dari rumah di tengah gangguan bekalan minyak dunia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji usulan pelaksanaan bekerja dari rumah bagi kakitangan perkhidmatan awam di Melaka selaras langkah kerajaan pusat untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia ekoran krisis di Timur Tengah.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Azhar Arshad berkata penelitian itu termasuk melihat sektor yang bersesuaian untuk melaksanakan langkah itu bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan tidak terjejas, sekali gus tidak menyukarkan rakyat untuk berurusan dengan jabatan atau agensi tertentu.
"Kita menyambut baik cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan langkah ini bukan perkara baharu kerana pada pandemik COVID-19 sebelum ini pun kita pernah melaksanakannya.
"Bagaimanapun, kita masih meneliti dan menunggu arahan selanjutnya secara khusus bagi memastikan langkah ini dapat dilaksanakan dengan baik ke arah penjimatan serta kebajikan kepada pekerja," katanya kepada pemberita selepas program temu bual "Kokenut Shake" Dulu di Konti Melaka FM pada Jumaat (27 Mac).
Beliau berkata sektor swasta di negeri itu juga digalakkan melaksanakan langkah itu agar langkah penjimatan yang lebih menyeluruh dapat dicapai dalam tempoh krisis berkenaan.
Pada Khamis (26 Mac), PM Anwar mengumumkan kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan peraturan kerja lebih anjal bagi penjawat awam yang bekerja dari rumah bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia berikutan krisis di Timur Tengah.
Langkah itu dilaksanakan secara berperingkat dan terpilih selain sektor swasta juga digalakkan untuk melaksanakan bekerja dari rumah seperti yang dijalankan beberapa syarikat dan bank selama ini.
Dalam perkembangan lain, Encik Azhar berkata tiada keperluan untuk memohon pelaksanaan operasi pembenihan awan di Melaka kerana paras air di semua empangan utama di negeri itu masih berada pada tahap terkawal dan mencukupi.
Beliau berkata bagaimanapun rakyat di negeri itu dinasihatkan untuk terus menggunakan air dengan berhemat kerana cuaca panas dijangka berlarutan hingga Jun depan.
"Rakyat juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dalam tempoh yang lama dan minum air yang mencukupi bagi mengelak kesan cuaca panas seperti strok haba," katanya.
Dua hari lalu, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.