Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Melaka rancang bina terowong dasar laut ke Indonesia

Kerajaan Malaysia merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:

DUBAI: Kerajaan Malaysia merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.

Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka.

"Ini adalah perancangan jangka panjang. Jarak paling hampir antara Melaka dan Dumai ialah 47 kilometer," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai di Pavilion Malaysia hari ini (14 Mac).

Mengulas perkara sama, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini, sebuah firma sudah menyatakan minat untuk membina terowong itu.

Beliau berkata bagaimanapun, projek itu memerlukan persetujuan dan kelulusan kerajaan Indonesia sebelum pembinaannya dijalankan.

"Firma dari Malaysia hanya mampu menampung 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.

"Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan terowong itu akan mengambil masa empat hingga lima tahun," katanya.

Projek itu dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih tinggi bagi Melaka.

Ketika ini, ekonomi Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan namun sektor pembuatan juga semakin menunjukkan peningkatan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan