Skip to main content

Dunia

Melaka negeri pertama di Malaysia sedia lafaz taklik dalam tulisan Braille

Melaka menjadi negeri pertama di Malaysia yang menyediakan lafaz taklik dalam bentuk tulisan Braille bagi golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sebagai usaha memudahkan proses melafazkan taklik ketika pernikahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Melaka negeri pertama di Malaysia sedia lafaz taklik dalam tulisan Braille

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam (empat dari kiri) diiringi Ketua Menteri Ab Rauf Yusof (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka di Jasin pada Khamis (26 Jun). (Gambar: Facebook)

MELAKA: Melaka menjadi negeri pertama di Malaysia yang menyediakan lafaz taklik dalam bentuk tulisan Braille bagi golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sebagai usaha memudahkan proses melafazkan taklik ketika pernikahan.

Ketua Menteri Ab Rauf Yusof berkata inisiatif itu satu langkah signifikan ke arah pemerkasaan inklusif dalam perundangan syariah.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sahaja memberi peluang kepada pasangan OKU memahami ikrar perkahwinan secara menyeluruh, tetapi turut mencerminkan komitmen pihak berkuasa agama dan institusi perkahwinan dalam memastikan keadilan serta keterangkuman kepada semua lapisan masyarakat.

"Tahniah atas usaha Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang telah berusaha melestarikan masyarakat OKU dengan mempelbagaikan inisiatif memudahkan tatacara mereka dalam memahami dan melafazkan taklik menerusi tulisan Braille ini.

"Ini sekali gus memberi contoh bahawa nilai hijrah dapat diterjemahkan dalam bentuk pembaharuan dan penambahbaikan yang menjadikan agama dan syariat Islam dekat dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kemampuan dan keadaan," katanya, seperti dilapor Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka 1447H/2025M bertemakan 'Membangun Ummah MADANI' di Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel pada Khamis (26 Jun).
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita