Melaka mohon RM20 juta untuk tingkatkan pengalaman wisata
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
MELAKA: Kerajaan Melaka memohon peruntukan berjumlah RM20 juta (S$5.9 juta) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi melaksanakan pelbagai kerja naik taraf produk pelancongan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Abdul Razak Abdul Rahman berkata kerja menaik taraf produk pelancongan itu melibatkan aspek pencahayaan, pembaikan kemudahan dan kebersihan bagi memberi keselesaan serta menjamin keselamatan pelancong.
"Kita telah memohon peruntukan itu daripada MOTAC dan berharap peruntukan itu dapat disalurkan secepat mungkin agar kerja-kerja menaik taraf yang telah dikenal pasti dapat dijalankan secepat mungkin sebelum TMM 2024.
"Selain itu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sejumlah wang bagi melaksanakan pelbagai persiapan dan penambahbaikan menghadapi TMM 2024," katanya kepada para pemberita selepas melakukan lawatan bagi memantau produk pelancongan di sekitar Banda Hilir dan Jonker Walk hari ini (4 Jun).
Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Zaidi Attan dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.
RANCANG ZON BEBAS KENDERAAN
Mengulas lanjut, Encik Razak berkata beberapa inisiatif lain akan turut dilaksanakan, antaranya pemasangan lebih banyak kamera litar tertutup di kawasan tumpuan pelancong walaupun beliau yakin terhadap aspek keselamatan pelancong sepanjang berada di Melaka.
Dalam pada itu, katanya lagi, persiapan Melaka dalam pelbagai aspek bagi TMM 2024 mencapai tahap 70 peratus setakat ini dan beliau yakin persiapan penuh dapat dicapai dalam masa terdekat menerusi kerjasama semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan negeri serta pemain industri pelancongan di Melaka.
"Kita masih mempunyai baki enam bulan sebelum menjelang TMM 2024 bagi menyempurnakan segala persiapan yang lebih menyeluruh bagi menarik kedatangan pelancongan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kajian terperinci berkaitan cadangan pelaksanaan zon bebas kenderaan di Banda Hilir perlu dilakukan termasuk mengambil kira pandangan atau maklum balas daripada pemain industri pelancongan, peniaga, pelancong dan masyarakat setempat sebelum ia dilaksanakan.
Usaha itu, katanya lagi, bagi memberi keselesaan kepada semua pihak terutama pelancong kerana penutupan jalan bagi pelaksanaan inisiatif itu melibatkan kawasan tumpuan awam.
"Kalau zon bebas kenderaan dilaksanakan pun, ia masih di peringkat percubaan bagi melihat keberkesananya dan penerimaan semua pihak terlibat," katanya.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.