Melaka cadang bazar Aidilfitri berpusat mulai 2025
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Ab Rauf Yusoh)
MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan satu kawasan baharu bagi penganjuran bazar Aidilfitri secara berpusat di Banda Hilir mulai tahun depan, sekali gus dilihat mampu menjadi ikon baharu tarikan pelancongan ke negeri itu.
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata, jajaran baharu yang dicadangkan itu akan meliputi kawasan di Jalan Jonker sehingga Pahlawan Walk, dengan menyediakan ruang niaga yang lebih besar, selain gah dan menarik.
"Menerusi kaedah ini, penganjuran bazar Aidilfitri iaitu di Jalan Hang Tuah, Klebang dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan digabungkan di bawah satu lokasi sebagai bazar terbesar di negeri ini.
"Kita bercadang tidak membuka bazar di tiga lokasi seperti sebelum ini, tetapi penganjuran bazar Aidilfitri ini digabungkan supaya penjanaan ekonomi di kawasan baharu itu lebih berkembang," katanya kepada pemberita di Melaka pada Sabtu (6 Apr) malam.
Encik Ab Rauf berkata, menerusi penganjuran bazar secara berpusat di kawasan tumpuan strategik itu juga secara tidak langsung akan membantu peniaga-peniaga dan juga kompleks beli-belah di kawasan berkenaan berkembang.
Beliau berkata bagaimanapun, perkara itu masih di peringkat kajian dan pihaknya sedang menilai kejayaan penganjuran bazar yang diadakan sebelum ini.
"Selain itu, tender penganjur juga akan dibuka kepada sesiapa sahaja yang memberi nilai tambah yang baik kepada pihak berkuasa tempatan," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.