Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Meghan Markle hamil anak kedua

Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle akan menimang cahaya mata kedua, menurut jurucakap pasangan itu pada Ahad (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Meghan Markle hamil anak kedua

(Gambar: REUTERS/Toby Melville)

Diterbitkan : 15 Feb 2021 02:27PM Dikemas Kini : 15 Feb 2021 02:31PM

LONDON: Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle akan menimang cahaya mata kedua, menurut jurucakap pasangan itu pada Ahad (14 Feb).

Berkongsi kegembiraan menerusi satu foto romantik hitam putih, Markle, 39, dilihat meletakkan tangan pada kandungannya yang semakin ketara.

"Kami ingin mengesahkan bahawa Archie akan menjadi abang.

"Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira dan tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka," kata jurucakap pasangan berkenaan.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas cucu Ratu Elizabeth, Puteri Eugenie selamat melahirkan bayi lelaki.

Sebelum ini, akhbar The New York Times mendedahkan Markle mengalami keguguran pada Julai tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap Istana Buckingham turut memaklumkan Ratu Elizabeth II, Duke Edinburgh, Putera Charles dan seluruh keluarga dan kerabat diraja itu turut bergembira dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan