Mediacorp kerjasama dengan Mintable, tawar huraian pemasaran NFT pertama di SG
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mediacorp bakal bekerjasama dengan syarikat terkemuka dalam pasaran 'Non-Fungible Token' (NFT) Mintable untuk menawarkan NFT buat pertama kali kepada para pengiklan.
Ini merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran bagi kedua-dua pihak; sekali gus memperkukuh pendampingan dan kesetiaan jenama dalam kalangan pengguna digital di ruang online.
Menerusi kerjasama ini, Mediacorp akan merangsang perkembangan dan publisiti bagi kempen NFT klien, dengan disokong oleh huraian-huraian berasaskan 'blockchain' atau blok rantaian yang selamat kendalian Mintable.
Ini khususnya membolehkan Mediacorp, dengan saranan profesional Mintable, bekerjasama dengan klien untuk melakar strategi kempen NFT yang disesuaikan kepada keperluan perniagaan masing-masing.
Para pelanggan juga boleh bekerjasama dengan Mediacorp untuk menghasilkan NFT sendiri seperti gambar, video dan GIF.
Mintable kemudian akan menguruskan ruang bagi NFT yang dihasilkan, di platformnya, bagi para klien Mediacorp dan membangunkan e-dompet serta kontrak bijak untuk mereka.
Selain itu, Mediacorp akan memanfaatkan pelbagai jangkauan wadahnya, dengan kemunculan para selebriti dan pencipta kandungan Bloomr.SG untuk mempromosikan produk dan tawarabn NFT klien.
Kempen-kempen sebegini memberi peluang kepada syarikat-syarikat meluaskan jangkauan mereka di platform digital. Pelanggan kemudian dapat memiliki sebahagian daripada jenama, yang membantu mewujudkan pengalaman unik, di samping memupuk kesetiaan kepada jenama tersebut.
Parminder Singh, Ketua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp, berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama
dengan Mintable untuk meluaskan lagi rangkaian huraian pengiklanan transmedia kami dengan menggabungkan NFT sebagai alat pemasaran bagi generasi akan datang.
"Langkah ini menandakan usaha berterusan Mediacorp untuk meneroka teknologi digital baru dan memanfaatkan potensi besar yang mungkin dimiliki teknologi baru ini bagi industri kami."
Mintable merupakan pasaran NFT yang memberikan pengguna platform yang mudah diakses dan digunakan untuk membeli, menjual dan mencipta NFT. Dengan teknologi Pencetakan Tanpa Gas milik mereka, Mintable sudah mengorak langkah dalam ruang NFT.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.