Media Korea Utara dedah Korea Selatan 'dalam keadaan huru-hara' susuli undang-undang tentera darurat
Korea Selatan kini dalam "keadaan huru hara" selepas Presiden Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera darurat kemudian membatalkannya pada minggu lalu, lapor media tempatan Korea Utara pada Rabu (11 Dis), yang pertama kali memberi komen mengenai pergolakan politik itu.
(Gambar: Reuters)
Encik Yoon menggantung perintah awam pada minggu lalu dan mengerahkan pasukan khas serta helikopter ke bangunan parlimen sebelum para penggubal undang-undang memaksanya supaya membatalkan dekri itu.
"Insiden mengejutkan melibatkan boneka Yoon Suk Yeol yang kini didakwa melakukan pemberontakan dan berdepan krisis pentadbiran, secara tiba-tiba mengisytiharkan undang-undang tentera darurat dan tanpa teragak-agak menggunakan kekerasan telah mencetuskan huru-hara di seluruh Korea Selatan," kata laporan media tempatan di Korea Utara dalam satu ulasan.
"Seluruh masyarakat antarabangsa sedang memantau keadaan di Korea Selatan, dengan ada membuat penilaian bahawa kejadian undang-undang tentera darurat itu telah mendedahkan kelemahan dalam masyarakat Korea Selatan," tambah laporan media itu.
"Para pengulas menyifatkan tindakan Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera darurat secara tiba-tiba sebagai langkah terdesak dan perjalanan politik beliau mungkin berdepan penghujung awal."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.