Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Media antarabangsa tiba di Korea Utara, penutupan tapak ujian nuklear bakal diteruskan

Sekumpulan wartawan dari beberapa agensi media antarabangsa sudah berada di Korea Utara untuk menyaksikan penutupan rasmi tempat ujian nuklear negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Media antarabangsa tiba di Korea Utara, penutupan tapak ujian nuklear bakal diteruskan

(Gambar: Thomas Peter/ Reuters)

Diterbitkan : 22 May 2018 07:18PM Dikemas Kini : 22 May 2018 07:25PM

WONGSAN: Sekumpulan wartawan dari beberapa agensi media antarabangsa sudah berada di Korea Utara untuk menyaksikan penutupan rasmi tempat ujian nuklear negara itu.

Kumpulan wartawan asing itu termasuk dari Amerika Syarikat, China dan Rusia. Mereka tiba di Wonsan, Korea Utara dari Beijing, China dengan menaiki pesawat Air Koryo yang disewa khas.

Korea Utara mengundang para wartawan asing itu bagi memastikan ketelusan berhubung keputusannya hendak menutup tempat ujian nuklear Punggye-ri.

Pyongyang menyatakan ia akan dilakukan antara esok (23 Mei) hingga Jumaat ini (25 Mei).

Amerika Syarikat menyeru Korea Utara supaya menghentikan sama sekali program nuklearnya dan ia perlu disahkan oleh pakar-pakar nuklear.

Namun Pyongyang tidak mengundang para merinyu teknikal untuk menyaksikannya kerja menutup Punggye-ri.

Sumber : AP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan