Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

McDonald's Rusia ditutup sementara, hamburger dijual hingga AS$150 di pasaran gelap

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's Rusia ditutup sementara, hamburger dijual hingga AS$150 di pasaran gelap

(Gambar: Alexander Nemenov/AFP)

MOSCOW: Beberapa produk makanan segera Amerika Syarikat iaitu McDonald's dijual pada harga tinggi menerusi laman web selepas syarikat itu mengumumkan akan  menutup “sementara” semua restorannya di Rusia, menurut Agensi Anadolu.

McDonald's pada Selasa (8 Mac) mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi di Rusia.

Penghentian operasi rantaian makanan itu berlaku berikutan peperangan berterusan Rusia terhadap Ukraine, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chris Kempczinski.

Beliau berkata menerusi e-mel terhadap pekerjanya bahawa "ia telah menyebabkan penderitaan terhadap mereka yang tidak bersalah."

Beberapa hamburger dijual pada harga AS$150 (S$203), lapor Agensi Anadolu.

Cawangan McDonald's pertama dibuka di Dataran Pushkin, Moscow pada 1990 serta dikunjungi sekitar 40,000 pelanggan pada hari pembukaan.

Perang Rusia terhadap Ukraine sejak 24 Feb, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong kebanyakan firma global meninggalkan Rusia.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 516 orang awam terbunuh dan 908 yang lain cedera sejak Rusia mula menyerang negara itu pada 24 Februari, manakala jumlah sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

Sementara itu, lebih 2.1 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, menurut data terbaharu dikeluarkan Agensi Pelarian PBB.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan