Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

McDonald's AS rancang pecat kakitangan korporat, tutup sementara pejabat

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's AS rancang pecat kakitangan korporat, tutup sementara pejabat

Logo McDonald's di luar sebuah cawangannya di New York, Amerika Syarikat, pada 22 Okt 2019.

MOSKO: Gergasi restoran makanan segera, McDonald's, merancang memecat pekerja korporat dan menutup sementara pejabatnya di Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.

Wall Street Journal pada Ahad (2 Apr) melaporkan kakitangan korporat perlu bekerja dari rumah mulai Isnin (3 Apr) hingga Rabu (5 Apr).

"Sepanjang minggu 3 April, kami akan menyampaikan keputusan penting berkaitan peranan dan jumlah kakitangan di seluruh organisasi," menurut syarikat itu, seperti yang dipetik oleh The Wall Street Journal.

E-mel itu, yang dihantar kepada pekerja McDonald's minggu lalu, meminta kakitangannya membatalkan semua pertemuan secara peribadi dengan vendor dan pihak luar di ibu pejabatnya.

Jumlah sebenar pekerja yang akan diberhentikan di bawah langkah penstrukturan semula syarikat masih belum dapat dipastikan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan