Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

McDonald's M'sia rai hari jadi lebih 12,000 anak yatim bulan ini

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's M'sia rai hari jadi lebih 12,000 anak yatim bulan ini

Sebuah cawangan McDonald's di Malaysia. (Gambar: AFP / JIMIN LAI)

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia (McDonald’s) dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) meraikan sambutan hari jadi lebih 12,000 anak yatim daripada 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh Malaysia melalui Program Bulan Komuniti pada bulan ini. 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Azmir Jaafar berkata Bulan Komuniti berkenaan adalah sebahagian daripada program McDonald’s dan RMHC yang merupakan inisiatif utama dalam memayungi segenap usaha kemasyarakatan pada setiap tahun. 

“McDonald’s sentiasa komited memastikan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi kami dan kami ingin menjadi ‘jiran’ yang prihatin kepada mereka yang memerlukan.

“Dengan gandingan RMHC Malaysia sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s, ia secara langsung mengukuhkan lagi capaian kami kepada pelbagai golongan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara ini,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata McDonald’s dan RMHC setakat tahun ini sudah membelanjakan lebih RM400,000 (S$119,490) sepanjang Bulan Komuniti itu berlangsung di samping 14,000 aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan setakat tahun ini.

Selain itu, Encik Azmir berkata Bulan Komuniti kali ini turut menyumbang sebanyak 1,000 set tilam, bantal dan cadar kepada 20 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara.

Sementara itu, McDonald’s dan RMHC memilih Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair, Negeri Sembilan sebagai lokasi terkini selepas Kuala Lumpur untuk menyambut sambutan hari jadi di pusat berkenaan.  

Pengerusi Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair Rahman Musa dalam kenyataan sama berkata pihaknya berbesar hati menerima kehadiran McDonald’s dan RMHC pada Khamis lalu (13 Okt). 

“Kanak-kanak mana yang tidak sukakan McDonald’s. Lihat sahaja wajah mereka di sini cukup teruja dan gembira dapat menyambut hari lahir dan meluangkan masa dengan melakukan aktiviti bersama warga McDonald’s. 

“Saya kira memori ini akan menjadi kenangan manis mereka dan kami sangat berbesar hati kerana McDonald’s dan RHMC sudi menghulurkan sumbangan untuk menambahkan keselesaan kepada kami,” katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan