Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

McDonald's di Rusia dedah logo baru

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's di Rusia dedah logo baru

Logo baru Mcdonald's Rusia. (Gambar: Twitter/@KellySh21744787)

MOSCOW: Rangkaian restoran makanan segera Rusia yang dahulunya dikenali sebagai McDonald's mendedahkan logo barunya ketika ia bersedia untuk membuka semula restorannya pada Ahad (12 Jun).

Penjenamaan baru itu menampilkan logo berbentuk bulatan dengan dua baris, yang dikatakan melambangkan burger dan dua kentang goreng.

Nama rasminya belum didedahkan, namun beberapa pilihan sedang dipertimbangkan, menurut laporan Astro Awani.

Mei lalu, McDonald's mengumumkan keputusan untuk menghentikan operasi di Rusia menyusuli perang di Ukraine.

Agensi berita milik Rusia, TASS melaporkan ia diuruskan oleh Sistema PBO, firma sama yang menguruskan perniagaan yang sebelum ini dimiliki oleh McDonald's.

"Latar belakang hijau melambangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pelanggan kami," kata jurucakap Sistema PBO kepada TASS.

Para pengguna media sosial bagaimanapun mengkritik logo baru itu yang masih kelihatan seperti huruf "M".

Malah ada juga yang mendakwa logo baru itu seolah-olah diilhamkan daripada bendera Bangladesh, yang juga mempunyai latar belakang hijau gelap dan bulatan merah, menurut Astro Awani.

Nama-nama yang sedang dipertimbangkan termasuk "Tot Samyi", yang bermaksud "yang sama" dan "Svobodnaya Kassa" yang bermaksud "daftar tunai yang tersedia".
Sumber : Agensi berita/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan