McDonald's akui perang di Gaza beri kesan negatif pada jualan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
CHICAGO: Restoran makanan segera, McDonald's mengakui perang di Gaza antara faktor syarikat itu gagal mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McDonald's, Chris Kempczinski berkata, perang tersebut mempunyai kesan ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.
"Selagi konflik dan perang ini berterusan ... kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang peningkatan yang ketara dalam situasi (jualan) ini," kata Encik Kempczinski seperti dilaporkan Al Jazeera.
"Ia adalah tragedi kemanusiaan, apa yang sedang berlaku, dan saya fikir ia memberi kesan kepada jenama kami," tambahnya.
Pertumbuhan jualan bagi restoran itu di Asia Barat, China dan India pada Oktober-Disember mencapai 0.7 peratus, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus.
Kemerosotan itu berlaku selepas pelanggan di negara-negara Islam berkempen untuk memboikot McDonald's sebagai tindak balas kepada francais Israel yang menyumbangkan makanan percuma kepada tentera Israel.
Berikutan pengumuman McDonald’s Israel, pemegang francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki secara kolektif memulakan dana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Walaupun McDonald's yang berpangkalan di Chicago dikenali sebagai salah satu jenama Amerika Syarikat yang paling ikonik, kebanyakan restorannya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat tempatan, lapor Astro Awani.
McDonald's adalah antara beberapa jenama dari barat yang berhadapan dengan boikot susulan perang Israel ke atas Gaza.
Minggu lalu, rangkaian kedai kopi, Starbucks mengumumkan pengurangan jangkaan jualan tahunannya, dengan memetik kemerosotan dalam keuntungan di Asia Barat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.