Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

McDonald Jepun naikkan harga buat kali ke-3 dalam 10 bulan dek lonjakan kos

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Pengendali restoran McDonald's Jepun mengumumkan kenaikan harga ketiga dalam tempoh kurang setahun pada Jumaat (6 Jan) ekoran tekanan inflasi yang meningkat ke atas pengguna negara.

McDonald's Holding Company Japan Ltd menyatakan ia akan menaikkan harga sekitar 80 peratus bagi menu makanannya mulai 16 Januari ekoran turun naik mata wang serta lonjakan kos untuk bahan, buruh, pengangkutan dan tenaga.

Kenaikan itu menyusuli kenaikan sebelumnya pada Mac dan September tahun lalu.

Ini ketika Jepun bergelut dengan inflasi dan kejatuhan yen yang menyebabkan bahan-bahan import menjadi lebih mahal.

Harga untuk satu cheeseburger akan naik kepada 200 yen ($1.49) bulan ini daripada 140 yen setahun yang lalu.

Kos hamburger Big Mac yang terkenal akan meningkat kepada 450 yen daripada 410 yen sebelum ini.

Pengguna Jepun harus menjangkakan harga yang semakin meningkat buat lebih 4,000 barangan makanan mulai bulan depan, kata penyelidik, Teikoku Databank pada Khamis (5 Jan), berikutan gelombang kenaikan yang lebih besar Oktober lalu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan