Skip to main content

Dunia

McDonald dijangka akan kurangkan kakitangan korporat AS

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald dijangka akan kurangkan kakitangan korporat AS

Logo McDonald's di luar sebuah cawangannya di New York, Amerika Syarikat, pada 22 Okt 2019.

Diterbitkan : 07 Jan 2023 04:51PM Dikemas Kini : 07 Jan 2023 04:52PM
WASHINGTON: Syarikat makanan segera McDonald's merancang untuk mengurangkan beberapa kakitangan korporatnya.

"Kami akan menilai peranan dan tahap kakitangan di bahagian organisasi dan akan ada perbincangan dan keputusan sukar yang akan dibuat nanti.

"Inisiatif tertentu akan dialihkan keutamaan atau dihentikan sama sekali. Ini akan membantu kami bergerak lebih pantas sebagai sebuah organisasi sambil mengurangkan kos global kami dan meningkatkan sumber untuk melabur dalam pertumbuhan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chris Kempczinski dalam memo kepada para pekerjanya, lapor CNN pada Jumaat (6 Jan).

McDonald's merancang penstrukturan pelan masa depan kakitangan menjelang 3 April.

Syarikat itu belum mempunyai jumlah pengurangan kos atau berapa ramai pekerja yang akan dikurangkan.

Buat masa ini, McDonalds menggajikan lebih 200,000 kakitangan korporat dan pekerja di restoran-restoran milik syarikat tersebut setakat sehingga hujung 2021, menurut laporan tahunan terkini.

Lebih 75 peratus daripadanya berpangkalan di luar Amerika Syarikat (AS).

Lebih 2 juta orang bekerja di lokasi-lokasi francais McDonald's di merata dunia.
Sumber : AGENCIES/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita