Skip to main content

Dunia

MCA gesa BN dibubarkan

Bekas parti gabungan yang memerintah Malaysia, Barisan Nasional (BN), berdepan dengan kemungkinan dibubarkan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Dec 2018 07:36PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 10:19PM

KUALA LUMPUR: Bekas parti gabungan yang memerintah Malaysia, Barisan Nasional (BN), berdepan dengan kemungkinan dibubarkan.

Presiden parti kedua terbesar dalam perikatan itu, Persatuan Cina Malaysia (MCA), dalam perhimpunan agungnya semalam (2 Dis), mengesyorkan kepada jawatankuasa pusat parti itu supaya MCA keluar daripada BN.

Menurut Dr Wee Ka Siong, BN mesti dibubarkan bagi memastikan parti-parti komponen yang lain mempunyai peluang untuk membuat semakan dan pembaharuan.

Beliau berkata, pembaharuan itu akan dilakukan apabila satu persetujuan mengenai konsep dan keutamaannya dicapai.

MCA dan UMNO adalah dua parti terawal membentuk gabungan dikenali sebagai Perikatan pada 1952, sebelum disertai Kongres India Malaysia (MIC) dan dijenamakan semula sebagai BN pada 1973.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam yang diwakili Dr Wee.

Dr Wee menegaskan kata sepakat daripada tiga parti teras, iaitu UMNO, MCA dan MIC, diperlukan bagi pembubaran BN.

Sumber : Bernama/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita