Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MB Selangor galak pengusaha F&B pakai pelitup demi pertingkat keyakinan pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
MB Selangor galak pengusaha F&B pakai pelitup demi pertingkat keyakinan pelanggan

Gambar Hiasan: Mark Marcus Ramos

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyarankan agar pelaksanaan pemakaian pelitup dalam kalangan pengusaha makanan dan minuman (F&B) dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Encik Amirudin berkata pemakaian pelitup oleh golongan usahawan itu dilihat sebagai langkah yang baik bagi meningkatkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan.

Bagaimanapun katanya lagi, perkara itu masih belum diputuskan di peringkat kerajaan negeri kerana ia melibatkan beberapa pertambahan pada Undang-Undang Kecil (UUK) di peringkat PBT.

"Jadi kalau kita hendak laksanakan (pemakaian pelitup kepada pengusaha makanan) perlu ada pelarasan kerana kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika kita memakai pelitup.

Walaupun pada akhirnya apabila kita hendak mewajibkan (pemakaian pelitup kepada pengusaha makanan), tetapi (apa yang penting) pada peringkat ini adalah proses pendidikan dalam tempoh satu hingga tiga bulan kerana kita hendak memastikan kebersihan makanan yang disajikan dapat dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutupan Pembinaan Keupayaan Gerak Gempur Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) Ladang Midlands, Shah Alam pada Khamis.

Terdahulu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meningkatkan penguatkuasaan dengan mewajibkan pemakaian pelitup terhadap peniaga makanan dan minuman berkuat kuasa tahun depan.

Pelaksanaan peraturan itu diikuti oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di Facebook pada Khamis yang memaklumkan ia akan mengenakan kompaun terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan berkenaan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan