Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MB Johor bidas dakwaan pembangkang mengenai agihan beras tidak telus

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi semalam (16 Mei) menafikan dakwaan pembangkang yang kononnya menuduh proses pengagihan kampit beras seberat 10 kilogram (kg) oleh kerajaan negeri kepada rakyat Johor baru-baru ini tidak dijalankan dengan telus dan berkesan.

Sebaliknya, beliau berkata proses penyerahan bantuan beras berkenaan kepada 903,000 ketua isi rumah di seluruh pelosok Johor akan memakan masa.

"Dan sasaran kita adalah semua penerima akan menerima sekampit beras sebelum 31 Mei 2022.

"Sehingga Ahad (15 Mei), setiap 10 kilogram beras sudah diagihkan kepada 344,197 penerima. Semuanya mengikut jadual setakat ini," kata beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya, malam semalam.

Encik Onn Hafiz berkata objektif mengagihkan beras tersebut adalah sebagai tanda kasih kerajaan untuk membantu Bangsa Johor yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dan merupakan sumbangan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

"Sebab itu, adalah amat mendukacitakan apabila bantuan ini dipolitikkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang menangguk di air yang keruh.

"Cukup-cukuplah menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Stop the hate politics! We are trying our best to help the rakyat (hentikan politik kebencian! Kita sedang berusaha dengan cara terbaik untuk membantu rakyat)," tambah Encik Onn Hafiz lagi.

Menteri Besar Johor itu berkata kerja-kerja pengagihan bantuan beras sedang dan akan terus diselaraskan oleh kerajaan negeri serta dibantu pelbagai pihak lain.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan pembangkang termasuk Ketua Pembangkang Johor Liew Chin Tong mengenai ketelusan pengagihan bantuan beras berkenaan pada Ahad (15 Mei).

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan